This How Football Going To Be

This How Football Going To Be

02 June 2012

Sudah Memadai

Bagi saya senarai pemain yang dipanggil oleh Rajagobal untuk perlawanan persahabatan bertemu Filipina Dan Singapura ibarat menyahut kenhendak peminat yang inginkan pemain yang menyerlah di Liga Super disenaraikan.



Keputusan seri bertemu Filipina semalam dianggap buruk oleh sesetengah peminat kerana menganggap Filipina adalah sebuah pasukan kerdil. Tetapi harus semua ingat sekali lagi ini adalah perlawanan persahabatan, dimana "Eksperimen" masih dijalankan oleh Raja. Mungkin jika kita menang keatas Singapura nanti Raja menggangap kita sudah bersedia. Tetapi jika kita kalah adakah "eksperimen" masih dijalankan, sedangkan peminat inginkan "formula" mutlak untuk mencapai kejayaan mempertahankan Piala AFF Suzuki nanti.




Jadi sama-sama kita nantikan " Apa Kata Raja"......



Sumber: Google dan NST

Dari: Peminat Yang Masih Ingin Ambil Tahu Pasal Harimau Malaya

01 June 2012

F.A.M

KENAPA DAN MENGAPA....

F.A.M terus menjadi mangsa cemuhan oleh peminat setia bolasepak tempatan.
Persoalannya adakah kepincangan kepimpinan F.A.M terus menjadi agenda peminat bolasepak tempatan dalam mengharap satu perubahan besar-besaran dilakukan F.A.M.

Jawapannya, memang benar.
Sudah sekian lama bolasepak kita dipimpin oleh individu yang sama yang sering menghasilkan kontrovesi lebih dari kejayaan.

Bangkitalah semua peminat harimau malaya, Jangan biar hanya ULTRAS MALAYA bertindak!!!!

F.A.M hanya perlu mengubah pucuk kepimpinan mereka jika ingin milihat bolasepak Malaysia terus maju






Sumber: Google dan YouTube

09 November 2011

Siapa Buat Keputusan?

Jika Sebelum Ini Kita Mendengar Alasan Dari Datuk K.Rajagobal Yang Menyatakan Sasaran Beliau Adalah Piala Asia Dan Bukannya Piala Dunia,


Tetapi Bagaimana Pula Dengan Skuad Bwh 23 Malaysia, Yang Dikemudi Oleh "Bakal Dato'" Ong Kim Swee, Adakah Sasaran Mereka Sukan Sea Ataupun Olympic Ataupun Main Ikut Jadual Sahaja.
Sepatutnya Skuad Bwh 23 Malaysia Di Jakarta Dianggotai Oleh Pemain Pilihan Kedua, Bagi Memberikan Tumpuan Kepada Kelayakan Olympic Buat Pemain-Pemain Sebenar Harimau Muda.

Bukankah Sepatutnya Ong Kim Swee Membawa Pemain-Pemain Seperti Ramzul Zahini, Nizad Ayub Dan Mohd Syazwan Roslan. Yang Kelihatan Menyerlah Dalam Saingan Tempatan Agar Pemain Sebenar Harimau Muda Lebih "Fresh" dan "Competent" Bila Beraksi Didalam Saingan Kelayakan Olimpik.

07 October 2011

If you're ashamed to stand by your colours,you better seek for another flag

Adakah anda terasa malu dengan persembahan hambar Skuad Malaysia,
Atau anda Baru Ingin Mengetahui Tentang Pasukan Kebangsaan,
Bagi Aku Persembahan Hambar Bukan Sebab Untuk Tidak Terus Menyokong Pasukan Kebangsaan, Kerana Harimau Malaya Bukan Di Baju Tapi Dihati.

Aku Bangga Kerana Malaysia Berpeluang Beraksi Secara kompetitif,
Aku Bangga Kerana Pemain Malaysia Tetap Bersemangat,
Aku Bangga Kerana Aku Adalah Penyokong Setia Malaysia,

Tidak Perlu Menang Untuk Menyokong!!!!

Titik Peluh Lebih Berharga Dari Kemenangan!!!

Tetap Menyokong Walau Dihina Kerana Malaysia Adalah "AKU"

25 August 2011

Duit Mengatasi Kesetiaan

Mungkin Ramai Sedia Maklum Dengan Situasi Genting Yang Dialami Oleh Arsene Wenger Dan Pasukannya,
Situasi Ini Dilengkapkan Lagi Dengan Penghijrahan Seorang Lagi Pemain Penting Mereka Iaitu Samir Nasri.



Arsenal Yang Baru-Baru Ini Kehilangan Ketua Pasukan Mereka Iaitu Cesc Fabregas Yang Kembali Menyarung Jersi Pasukan Diwaktu Kecilnya, FC Barcelona.Ternyata Arsenal Betul-Betul Diuji Pada Musim Ini.



Kehilangan Cesc Dan Samir Amat Dirasai Oleh Peminat Arsenal, Dengan Harapan Arsene Wenger Menandatangani Pengganti Yang Sama Taraf, Malangnya Arsene Terus Membisu Dipasaran Perpindahan Sambil Hanya Menggunakan Duit Dari Kantung Arsenal Untuk Perancangan Masa Panjangnya. Apakah Arsene Wenger Masih Releven? Ataupun Duit Yang Mengubah Keaslian Corak Bolasepak Sebenar? Persoalannya Tetap Sama Kesetiaan Tidak Akan Kekal Jika Duit Ditaruhkan.....